Saturday 23 April 2011

RAMAI TAK BUAT UPDATE

Nampaknya bukan saya sorang saja yang tidak buat update.  Saya jenjalan ziarah tadi.  Ramai yang tidak buat update juga rupanya.

Jadi saya tidak la rasa bersalah sangat.  Saya percaya ramai orang sibuk dengan urusan.

Tuesday 19 April 2011

KEJUTAN YANG TIDAK MENGEJUTKAN SANGAT

Macam-macam cerita kita dengar.  Ada yang aneh, ada yang menakutkan dan ada yang mencurigakan.

Apabila semua keputusan pilihanraya Sarawak diumumkan, Taib Mahmud menang besar juga rupanya.  Banyak mengharapkan kejutan.  Tetapi ia tidak berlaku.

Keseluruhannya, boleh dikatakan kejutan yang berlaku tidak begitu mengejutkan.  Ada banyak sebabnya.  Apapun, semua orang harus terima, kerana apa yang berlaku adalah dengan izinNya juga.

Thursday 14 April 2011

KATA MEREKA DURIAN RUNTUH

Kawan-kawan dari kalangan warga Sarawak bercerita bahawa setiap kali pilihanraya di sana keadaannya seperti musim durian.  Sana sini durian runtuh.  Rezeki orang ramai jadi lebih murah.

Semakin dekat dengan hari mengundi, ada-ada saja ole-ole.  Orang ramai yang bermentaliti mudah menerima dengan senyum lebar.

Pada hari mengundi mereka rasa terpaksa akur kepada mereka yang menghulur ole-ole dan bantuan segera.  Jadi keputusannya sudah dapat dijangka.

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kenyataan di atas.  Itu cerita mereka.

Walaubagaimanapun kata mereka, saudara-saudara mereka memberitahu bahawa kali ini suasana agak berrbeza di beberapa tempat.  Kita tunggu saja keputusannya nanti.

Saturday 9 April 2011

MALAM MINGGU PUN DUDUK RUMAH

Biasanya malam minggu ada kenduri kahwin.  Malam ini tak ada pula.  Semua anak-beranak pun malas nak keluar ke mana-mana.  Jadi duduk rumah saja.

Kata anak-anak elok duduk rumah tengok TV saja.  Akademi Fantasia 9 akan mulakan konsert mingguan mereka ini.

Walaupun tak teruja sangat, anak-anak nak tengok Amy Search.  Tak mungkin ada persembahan olehnya.  Tengok saja nanti.

Saturday 2 April 2011

HARGA NAIK DAN NAIK LAGI

Harga minyak disyor pakai naik lagi.  Aduh!  Berapa kali nak naik ni?  Sedangan gaji tak juga naik?  Cukai khidmat perlu pun tak turun-turun.

Apalah nak jadi dengan kita ni?  Begitu banyak barang naik harga.  Pendapatan dan duit ternyata semakin mengecut.

Dulu kalau bawa RM 50 ke pasar atau ke pasar tani, penuh barang sebakul.  Sekarang beli ikan saja pun tak cukup untuk seminggu.  Kalau dulu belanja RM 500 untuk barang keperluan, sekarang sudah tiga kali lipat!

Sampai bila kita harus bertoleransi.  Kenapa rakyat diutamakan dalam mencari jalan untuk dana dan tabung negara?