Monday 29 July 2013

LAILATUL QADAR & RAYA

Tak tahu nak buat apa sebenarnya.  Teringat pula blog, jadi jengah saja la.
 
Sekarang sudah akhir Ramadhan.  Maknanya malam Lailatul Qadar dan Raya pun sudah dekat.
 
Sememangnya tidak mudah menemui malam Lailatul Qadar.  Tapi jika dipertingkatkan ibadah tentu ada barakahnya.
 
Jadi azamku nak usaha pertingkatkan amal ibadah mulai hari ini.  Semoga aku juga dapat kurangkan keghairahan Raya juga.
 
Kata orang kalau nawaitunya baik tentu hasilnya baik.  Insyaallah begitulah hendaknya.

Sunday 9 October 2011

LAMA PULA TAK BUAT N3

Sejak hari Malaysia, asyik sibuk dengan urusan peribadi dan juga kerja-kerja lain.  Bila badan letih, otak pun jadi lembab.  Bila masuk blog cari blog kesukaan saja.  Diam tak diam, dah lama pulak tak buat N3.

Kekadang teruja juga nak buat update, tapi sudah ramai pula sudah cerita tentang topik yang sama.  Jadi macam dah basi la pulak.

Hari ini buat N3 jugalah!  Hehe.

Saturday 17 September 2011

CUTI HARI MALAYSIA

Semalam cuti lagi.  Kali ini cuti Hari Malaysia pula.  Seronok jugalah kerana cuti hujung minggu yang panjang.

Mula-mula merancang nak pergi berkelah ke Taman Tasik Titiwangsa.  Jadi siap-siap goreng karipap dan meehoon serta buat sandwich.

Belum sempat packing, sudah ada tetamu datang beraya.  Lepas tu bersambung-sambung pula dengan saudara-saudara yang belum datang raya lagi.

Sudahnya tak jadi pergi berkelah.  Makanan yang di masak pun tak cukup menampung tetamu.  Mereka yang datang kemudian hanya makan kueh raya saja la!

Wednesday 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Sempena hari yang mulia ini sama-samalah kita saling memperbaiki diri.  Semoga kita dapat berhijrah ke tahap lebih baik lagi.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Monday 1 August 2011

RAMADHAN DATANG LAGI

Bagi orang-orang beriman, Ramadhan Al Mubarak memang dinantikan.  Kita bersyukur kerana diberkati dengan umur yang panjang.

Ramadhan adalah bulan yang mulia.  Ganjaran pahala yang dijanjikan berlipat ganda bagi setiap amal ibadah kita.
 
Sama-samalah kita memeriahkannya.  Semoga amalan kita tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Amin.

Saturday 9 July 2011

DEMO TETAP DITENTANG

Pihak berkuasa mengambil langkah untuk menentang demo BERSIH juga.  Permit diberikan untuk perarakan di jalan.  Mereka kata boleh berkumpul di Stadium Merdeka.

Kemudian mereka juga tidak memberi kebenaran berkumpul di sana.  Sungguh tak faham!

Sejak semalam jentera pihak berkuasa dikerah secara besar-besaran untuk mengawal keadaan.  Hari ini mereka mematahkan segala usaha untuk maju berkumpul di Stadium Merdeka.

Ramai telah ditangkap.  Ini termasuk para pemimpin.  Ada yang cedera.

Namun masih ramai juga tidak mudah patah semangat.  Tapi perhimpunan di venue tidak terjadi!