Sunday 9 October 2011

LAMA PULA TAK BUAT N3

Sejak hari Malaysia, asyik sibuk dengan urusan peribadi dan juga kerja-kerja lain.  Bila badan letih, otak pun jadi lembab.  Bila masuk blog cari blog kesukaan saja.  Diam tak diam, dah lama pulak tak buat N3.

Kekadang teruja juga nak buat update, tapi sudah ramai pula sudah cerita tentang topik yang sama.  Jadi macam dah basi la pulak.

Hari ini buat N3 jugalah!  Hehe.

Saturday 17 September 2011

CUTI HARI MALAYSIA

Semalam cuti lagi.  Kali ini cuti Hari Malaysia pula.  Seronok jugalah kerana cuti hujung minggu yang panjang.

Mula-mula merancang nak pergi berkelah ke Taman Tasik Titiwangsa.  Jadi siap-siap goreng karipap dan meehoon serta buat sandwich.

Belum sempat packing, sudah ada tetamu datang beraya.  Lepas tu bersambung-sambung pula dengan saudara-saudara yang belum datang raya lagi.

Sudahnya tak jadi pergi berkelah.  Makanan yang di masak pun tak cukup menampung tetamu.  Mereka yang datang kemudian hanya makan kueh raya saja la!

Wednesday 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Sempena hari yang mulia ini sama-samalah kita saling memperbaiki diri.  Semoga kita dapat berhijrah ke tahap lebih baik lagi.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Monday 1 August 2011

RAMADHAN DATANG LAGI

Bagi orang-orang beriman, Ramadhan Al Mubarak memang dinantikan.  Kita bersyukur kerana diberkati dengan umur yang panjang.

Ramadhan adalah bulan yang mulia.  Ganjaran pahala yang dijanjikan berlipat ganda bagi setiap amal ibadah kita.
 
Sama-samalah kita memeriahkannya.  Semoga amalan kita tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Amin.

Saturday 9 July 2011

DEMO TETAP DITENTANG

Pihak berkuasa mengambil langkah untuk menentang demo BERSIH juga.  Permit diberikan untuk perarakan di jalan.  Mereka kata boleh berkumpul di Stadium Merdeka.

Kemudian mereka juga tidak memberi kebenaran berkumpul di sana.  Sungguh tak faham!

Sejak semalam jentera pihak berkuasa dikerah secara besar-besaran untuk mengawal keadaan.  Hari ini mereka mematahkan segala usaha untuk maju berkumpul di Stadium Merdeka.

Ramai telah ditangkap.  Ini termasuk para pemimpin.  Ada yang cedera.

Namun masih ramai juga tidak mudah patah semangat.  Tapi perhimpunan di venue tidak terjadi!

Sunday 19 June 2011

MASAALAH TAK SELESAI DENGAN DEMO

Demikian bunyi kata Timbalan Perdana Menteri.  Ya, mungkin tidak dengan hanya sekali berdemo.  Semua usaha mesti diulang berkali-kali supaya penerangan dan pemahaman sebenar mesti sampai kepada seluruh rakyat.

Masaalahnya pemimpin kecut bila dengar tentang demo, apatah lagi berskala besar.  Tapi rakyat sudah letih dengan penipuan melalui media arus perdana.

Orang yang beriman dan takutkan Tuhan, mesti berterus terang, jujur dan amanah.  Tak kiralah pemimpin atau rakyat.

Sekarang rakyat mahu solusi dan tindakan berkesan di semua peringkat.  Masaalah besarnya ialah aduan melalui channel atau saluran yang disarankan, samaada langsung tak ada tindakan susulan atau masaalah yang diutarakan tak pernah selesai!

Yang nak disedarkan ialah rakyat mesti peka bahawa mereka perlu pemimpin yang bekerja, bukan sekadar yang berhormat.  Di samping itu, pemimpin yang dipilihnya mesti disedarkan bahawa mereka dipilih untuk berkhidmat untuk kepentingan bangsa Malaysia dan negara, bukannya untuk mereka membina empayar sendiri!

Jika saluran lain tak berkesan, mungkin demonstrasi adalah jalannya.  Sejarah dunia membuktikan bahawa perubahan dan kemajuan besar berlaku bila ada kesedaran; dan hampir kesemuanya berlaku selepas demo.

Muhyiddin kena ingat sejarah juga.  Beliau pun lulusan sastera.  Tak mungkin lupa!

Wednesday 25 May 2011

YA YA LA TU

PM kata penguatkuasaan dan penyeliaan akan diperketatkan.  Hmmm, ni bukan retorik ke?  Seingat nya, selalu ada kata-kata cenggini selepas berlaku tragedi!

Hati dan perasaan memang tak yakin pun.  Tak payah dengar sangat.  Buat sakit hati nanti.

Jika benar-benar dilaksanakan, masa tu baru kita boleh beri komen positif.

Sunday 15 May 2011

SEMUA CERITA PASAL MASAALAH BLOGGER

Aku macam ketinggalan pula.  Sana sini orang bercerita pasal masaalah Blogger yang berlarutan dekat tiga hari tu.  Malah hari ini orang asyik merungut pasal ada yang hilang!

Mungkin aku tak aktif beberapa hari ni.  Jadi itu pasal tak berapa rasa sangat.  Tak ada apa-apa yang hilang!

Sunday 8 May 2011

AKU MACAM AZNIL JUGA

Cerita Aznil Nawawi di dalam ruang 'Borak Pak Nil' mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai teman sejati.  Bunyi macam tak percaya.

Apabila membaca semuanya, baru kita faham maksudnya.  Ini biasanya kita katakan sebagai tidak mahu komitkan dirinya kepada satu atau sekelompok kecil orang.

Memang betul.  Bila kita amat akrab dan berkongsi semuanya, satu masa boleh makan diri.

Banyak persahabatan akrab begini hancur separuh jalan.  Kemudian segala rahasia peribadi yang sebelumnya dikongsikan bersama mula tersibar.

Aku serupa Aznil juga.  Seboleh-bolehnya aku letakkan batas.  Biarlah mereka kata aku tidak mesra!

Sunday 1 May 2011

MENGHAMPIRI SETENGAH TAHUN

Hari ini adalah Hari Pekerja.  Tapi kita sendiri tak berapa faham maksudnya yang sebenar, selain dari mendapat hari cuti umum.  Walaupun begitu, kita sama-samalah mengucap selamat dulu.
SELAMAT
HARI PEKERJA

Apa yang pasti kita sudah hampir ke garisan setengah tahun.  Elok dinilai prestasi diri.

Mudah-mudahan kita sama-sama ambil pendekatan baru yang lebih cemerlang.  Ini perlu untuk kebaikan diri dan juga masyarakat.

Pada saya, pertama sekali ita janganlah gunakan fasiliti pejabat untuk urusan peribadi.  Keduanya masa pejabat jangan bazirkan atau curi tulang.  Kita harus insaf kerana perbuatan itu adalah amalan tidak amanah.

Harap-harap kita boleh set satu trend baru.  Biar orang dari bawah pula memberi contoh tauladan yang baik kepada pemimpin.

Saturday 23 April 2011

RAMAI TAK BUAT UPDATE

Nampaknya bukan saya sorang saja yang tidak buat update.  Saya jenjalan ziarah tadi.  Ramai yang tidak buat update juga rupanya.

Jadi saya tidak la rasa bersalah sangat.  Saya percaya ramai orang sibuk dengan urusan.

Tuesday 19 April 2011

KEJUTAN YANG TIDAK MENGEJUTKAN SANGAT

Macam-macam cerita kita dengar.  Ada yang aneh, ada yang menakutkan dan ada yang mencurigakan.

Apabila semua keputusan pilihanraya Sarawak diumumkan, Taib Mahmud menang besar juga rupanya.  Banyak mengharapkan kejutan.  Tetapi ia tidak berlaku.

Keseluruhannya, boleh dikatakan kejutan yang berlaku tidak begitu mengejutkan.  Ada banyak sebabnya.  Apapun, semua orang harus terima, kerana apa yang berlaku adalah dengan izinNya juga.

Thursday 14 April 2011

KATA MEREKA DURIAN RUNTUH

Kawan-kawan dari kalangan warga Sarawak bercerita bahawa setiap kali pilihanraya di sana keadaannya seperti musim durian.  Sana sini durian runtuh.  Rezeki orang ramai jadi lebih murah.

Semakin dekat dengan hari mengundi, ada-ada saja ole-ole.  Orang ramai yang bermentaliti mudah menerima dengan senyum lebar.

Pada hari mengundi mereka rasa terpaksa akur kepada mereka yang menghulur ole-ole dan bantuan segera.  Jadi keputusannya sudah dapat dijangka.

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kenyataan di atas.  Itu cerita mereka.

Walaubagaimanapun kata mereka, saudara-saudara mereka memberitahu bahawa kali ini suasana agak berrbeza di beberapa tempat.  Kita tunggu saja keputusannya nanti.

Saturday 9 April 2011

MALAM MINGGU PUN DUDUK RUMAH

Biasanya malam minggu ada kenduri kahwin.  Malam ini tak ada pula.  Semua anak-beranak pun malas nak keluar ke mana-mana.  Jadi duduk rumah saja.

Kata anak-anak elok duduk rumah tengok TV saja.  Akademi Fantasia 9 akan mulakan konsert mingguan mereka ini.

Walaupun tak teruja sangat, anak-anak nak tengok Amy Search.  Tak mungkin ada persembahan olehnya.  Tengok saja nanti.

Saturday 2 April 2011

HARGA NAIK DAN NAIK LAGI

Harga minyak disyor pakai naik lagi.  Aduh!  Berapa kali nak naik ni?  Sedangan gaji tak juga naik?  Cukai khidmat perlu pun tak turun-turun.

Apalah nak jadi dengan kita ni?  Begitu banyak barang naik harga.  Pendapatan dan duit ternyata semakin mengecut.

Dulu kalau bawa RM 50 ke pasar atau ke pasar tani, penuh barang sebakul.  Sekarang beli ikan saja pun tak cukup untuk seminggu.  Kalau dulu belanja RM 500 untuk barang keperluan, sekarang sudah tiga kali lipat!

Sampai bila kita harus bertoleransi.  Kenapa rakyat diutamakan dalam mencari jalan untuk dana dan tabung negara? 

Tuesday 29 March 2011

PERINGATAN BUAT KITA

Tsunami melanda lagi Jepun.  Ia masih berlegar di sebelah daerah utara timurnya.  Gelombang besar dengan kelajuan air yang amat deras memusnahkan harta benda.  Sungguh amat menakutkan!

Lihat saja bukti bergambar ini.  Dalam detik waktu yang singkat, keadaan berubah dengan amat ketara sekali.  Dari situasi gambar di atas, ia berubah menjadi situasi di gambar berikutnya.



Semua yang berlaku itu bersebab.  Bencana alam ini adalah peringatan buat kita tentang betapa besarnya kekuasaan Allah Yang Maha Esa.

Sunday 27 March 2011

I'M A BLOGGER!

Well, just to be in trend.  Actually I love to read about anything.  Often I end up reading through internets.

So it seems quite appropriate to be registered as a blogger.  Really?  I have to wait and see!