Sunday 19 June 2011

MASAALAH TAK SELESAI DENGAN DEMO

Demikian bunyi kata Timbalan Perdana Menteri.  Ya, mungkin tidak dengan hanya sekali berdemo.  Semua usaha mesti diulang berkali-kali supaya penerangan dan pemahaman sebenar mesti sampai kepada seluruh rakyat.

Masaalahnya pemimpin kecut bila dengar tentang demo, apatah lagi berskala besar.  Tapi rakyat sudah letih dengan penipuan melalui media arus perdana.

Orang yang beriman dan takutkan Tuhan, mesti berterus terang, jujur dan amanah.  Tak kiralah pemimpin atau rakyat.

Sekarang rakyat mahu solusi dan tindakan berkesan di semua peringkat.  Masaalah besarnya ialah aduan melalui channel atau saluran yang disarankan, samaada langsung tak ada tindakan susulan atau masaalah yang diutarakan tak pernah selesai!

Yang nak disedarkan ialah rakyat mesti peka bahawa mereka perlu pemimpin yang bekerja, bukan sekadar yang berhormat.  Di samping itu, pemimpin yang dipilihnya mesti disedarkan bahawa mereka dipilih untuk berkhidmat untuk kepentingan bangsa Malaysia dan negara, bukannya untuk mereka membina empayar sendiri!

Jika saluran lain tak berkesan, mungkin demonstrasi adalah jalannya.  Sejarah dunia membuktikan bahawa perubahan dan kemajuan besar berlaku bila ada kesedaran; dan hampir kesemuanya berlaku selepas demo.

Muhyiddin kena ingat sejarah juga.  Beliau pun lulusan sastera.  Tak mungkin lupa!