Sunday, 8 May 2011

AKU MACAM AZNIL JUGA

Cerita Aznil Nawawi di dalam ruang 'Borak Pak Nil' mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai teman sejati.  Bunyi macam tak percaya.

Apabila membaca semuanya, baru kita faham maksudnya.  Ini biasanya kita katakan sebagai tidak mahu komitkan dirinya kepada satu atau sekelompok kecil orang.

Memang betul.  Bila kita amat akrab dan berkongsi semuanya, satu masa boleh makan diri.

Banyak persahabatan akrab begini hancur separuh jalan.  Kemudian segala rahasia peribadi yang sebelumnya dikongsikan bersama mula tersibar.

Aku serupa Aznil juga.  Seboleh-bolehnya aku letakkan batas.  Biarlah mereka kata aku tidak mesra!

5 comments:

  1. Salam Zaza.
    Ya. Dalam hidup ni kita tidak boleh mencurahkan isi hati & rahsia peribadi kepada orang lain, w/pun kepada orang mengelarnya sebagai kawan.

    ReplyDelete
  2. Salam Zaza.
    Elok ada prinsip & harga diri!

    ReplyDelete
  3. Salam Zaza.
    Aznil berpijak dibumi.
    Tak terkena tempias la ya?

    ReplyDelete