Semalam cuti lagi. Kali ini cuti Hari Malaysia pula. Seronok jugalah kerana cuti hujung minggu yang panjang.
Mula-mula merancang nak pergi berkelah ke Taman Tasik Titiwangsa. Jadi siap-siap goreng karipap dan meehoon serta buat sandwich.
Belum sempat packing, sudah ada tetamu datang beraya. Lepas tu bersambung-sambung pula dengan saudara-saudara yang belum datang raya lagi.
Sudahnya tak jadi pergi berkelah. Makanan yang di masak pun tak cukup menampung tetamu. Mereka yang datang kemudian hanya makan kueh raya saja la!