Thursday 14 April 2011

KATA MEREKA DURIAN RUNTUH

Kawan-kawan dari kalangan warga Sarawak bercerita bahawa setiap kali pilihanraya di sana keadaannya seperti musim durian.  Sana sini durian runtuh.  Rezeki orang ramai jadi lebih murah.

Semakin dekat dengan hari mengundi, ada-ada saja ole-ole.  Orang ramai yang bermentaliti mudah menerima dengan senyum lebar.

Pada hari mengundi mereka rasa terpaksa akur kepada mereka yang menghulur ole-ole dan bantuan segera.  Jadi keputusannya sudah dapat dijangka.

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kenyataan di atas.  Itu cerita mereka.

Walaubagaimanapun kata mereka, saudara-saudara mereka memberitahu bahawa kali ini suasana agak berrbeza di beberapa tempat.  Kita tunggu saja keputusannya nanti.

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Waaaa .. elok la selalu ada pilihanraya! Hikhihi!

    ReplyDelete
  2. Salam Zaza.
    Bagus la .. rezeki jangan ditolak! Kan?

    ReplyDelete
  3. Salam Zaza.
    Seronok juga tuh!

    ReplyDelete
  4. Salam Zaza.
    Ni yang balik nak tumpang semangkok!

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.
    :) Rezeki 4 -5 tahun sekali!

    ReplyDelete
  6. Salam Zaza.
    Duit mudah, senang la tabur sana sini! Tak rasa sakit pun!

    ReplyDelete