Hari ini adalah Hari Pekerja. Tapi kita sendiri tak berapa faham maksudnya yang sebenar, selain dari mendapat hari cuti umum. Walaupun begitu, kita sama-samalah mengucap selamat dulu.
SELAMAT
HARI PEKERJA
Apa yang pasti kita sudah hampir ke garisan setengah tahun. Elok dinilai prestasi diri.
Mudah-mudahan kita sama-sama ambil pendekatan baru yang lebih cemerlang. Ini perlu untuk kebaikan diri dan juga masyarakat.
Pada saya, pertama sekali ita janganlah gunakan fasiliti pejabat untuk urusan peribadi. Keduanya masa pejabat jangan bazirkan atau curi tulang. Kita harus insaf kerana perbuatan itu adalah amalan tidak amanah.
Harap-harap kita boleh set satu trend baru. Biar orang dari bawah pula memberi contoh tauladan yang baik kepada pemimpin.