Sunday 19 June 2011

MASAALAH TAK SELESAI DENGAN DEMO

Demikian bunyi kata Timbalan Perdana Menteri.  Ya, mungkin tidak dengan hanya sekali berdemo.  Semua usaha mesti diulang berkali-kali supaya penerangan dan pemahaman sebenar mesti sampai kepada seluruh rakyat.

Masaalahnya pemimpin kecut bila dengar tentang demo, apatah lagi berskala besar.  Tapi rakyat sudah letih dengan penipuan melalui media arus perdana.

Orang yang beriman dan takutkan Tuhan, mesti berterus terang, jujur dan amanah.  Tak kiralah pemimpin atau rakyat.

Sekarang rakyat mahu solusi dan tindakan berkesan di semua peringkat.  Masaalah besarnya ialah aduan melalui channel atau saluran yang disarankan, samaada langsung tak ada tindakan susulan atau masaalah yang diutarakan tak pernah selesai!

Yang nak disedarkan ialah rakyat mesti peka bahawa mereka perlu pemimpin yang bekerja, bukan sekadar yang berhormat.  Di samping itu, pemimpin yang dipilihnya mesti disedarkan bahawa mereka dipilih untuk berkhidmat untuk kepentingan bangsa Malaysia dan negara, bukannya untuk mereka membina empayar sendiri!

Jika saluran lain tak berkesan, mungkin demonstrasi adalah jalannya.  Sejarah dunia membuktikan bahawa perubahan dan kemajuan besar berlaku bila ada kesedaran; dan hampir kesemuanya berlaku selepas demo.

Muhyiddin kena ingat sejarah juga.  Beliau pun lulusan sastera.  Tak mungkin lupa!

4 comments:

  1. Aslmkm.
    Memang masaalah takkan selesai dengan hanya berdemo.
    Tapi demo & penerangan adalah usaha baik jika bertujuan menyedarkan orang ramai tentang sesuatu masaalah & kepincangan supaya semua berusaha mencari solusi terbaik bagi menanganinya. Sama gaya kuliah, kursus & seminar.
    Asal matlamat jelas baik, caranya bijaksana, tentu segalanya akan melangkah kepada akhiran yang baik.
    Jika dipantau supaya semuanya berjalan lancar & aman, takkan berlaku perkara yang tidak diingini.
    Kita merdeka juga dengan adanya demo dari pihak2 yang prihatin & menyedarkan ramai yang masih lalai. Kan?

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.
    Orang berkuasa mest la mahu terus berkuasa!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Tapi penerangan yang betul & jelas memang baik.
    Selama ni pun begitu jejak sejarah!
    Kenapa tak nak bagi kebenaran? Ada yang nak disembunyikan?

    ReplyDelete